Wednesday, November 19, 2008

FOOTING,FLOORING,COLUMN AND WALL

satu modul siap...hmm tengah standby untuk roof beam.
frame pintu GI.
semua precast column. Cara ni hanya boleh buat untuk rumah 1 tingkat sahaja.

setelah setting out dan precast column di pasang, tanah di bawah lantai telah di rawat dengan chemicide 750++, di tambak dengan crusher run dimampat, Damp proof membrane, Besi beam Y12 x 4 dan R6 Link 200 c/c, BRC A7 dan concrete grade 30 setebal 10".

SETTING OUT AND RETAINING WALL

setting out
setting out precast column


retaining wall and setting out.Tanah berbukit dan jenis tanah liat. Bangunan ini menggunakan raft foundation sebagai asas.

EARTHWORK



Kerja me"level" tanah untuk menyediakan permukaan bekerja dijalankan.Mengambil masa selama 2 minggu..tetapi ter"delay " selama seminggu.kesukaran semasa bekerja adalah kerana hujan yang turun dengan lebat menyebabkan tanah menjadi becak dan JCB x boleh nak bergerak dek tanah yang licin.walaubagaimanapun 2 JCB telah diguna untuk mempercapatkan kerja. Compact crusher run juga telah di tambak setinggi 2 kaki untuk menyediakan permukaan parking lori. Pada minggu ke tiga sinaran matahari telah mengeringkan tanah..dan Alhamduilillah..kami mula bekerja seperti biasa.

Thursday, August 7, 2008

DESIGN 3-2





ha.. ini design baru aku..tampak lebih bergaya. dengan planning baru aku ni aku dapat reduce kos kat work below ground..footing aku lebih kecil dan kerja lebih cepat siap...cuma kos material roof bertambah... dan juga kos earthwork...kalau import tanah.. kalau ikut software aku pakai ni..lebih kurang dalam 150 lori...kalau pakai backhoe pun kena kerja dalam masa 2-3 minggu.

anyway.. hj zaini komen..katanya nak lebih secure...mmm aku rasa aku kena taruh sliding door kat kitchen dan living..... or..grill sahaja?..hmm. and tambah garden entrance door kat pagar yang mengadap ke sungai.

design ni aku rasa ada layout indon sikit. tapi aku nak menerapkan unsur kemalaysiaan pada detail dan bentuk untuk mendapatkan ambience malaysia...aku rasa tak susah.

DESIGN 3

ini adalah rekabentuk ke tiga yang lebih mesra alam semulajadi dengan masih mengutamakan ciri keselamatan.

Design lepas direject encik zaini...heheh. saya rasa design lepas pun kurang dari segi penghayatan kesesuaian alam sekitar..

Dengan rekabentuk baru yang agak mesra alam.sila rujuk gambar tapak.saya rasa rekabentuk ni sangat berkesan..terima kasih kepada tukang komen kamal,fachri..n calat of assaffa design practice.

Thursday, July 24, 2008

design 2





setelah ukuran tapak dibuat dan budget kewangan diperolehi, terdapat beberapa perubahan yang dibuat untuk menyesuaikan dengan kedua dua elemen tersebut.Ruang juga telahdiubahsuai mengikut kehendak pemilik.keluasan binaan lebih kurang 2500 kps. Bahan binaan juga disesuaikan mengikut kehendak pemilik.berikut senarai bahan binaan yang ditawarkan.

Reinforce concrete structure
cement brick work
natural anodize alumn with green tinted glass
GI roof truss system
concrete roof tiles
china tiles 2' x 2' flooring.

Wednesday, May 28, 2008

SITE PHOTO






DESIGN 2

bahagian hadapan rumah tampak rendah dan tidak menonjol, hanya wakaf(ruang tamu) yang kelihatan beserta pintu gerbang penanda pintu utama. Ruang tamu juga akan berfungsi sebagai ruang belajar mengaji. Jambatan masuk di kelilingi oleh internal landscape pada tingkat bawah. TLK memudahkan pengangkutan bahan taman keluar masuk
Rumah tetamu dibina berasingan untuk memberikan privasi yang menyeluruh. Modul seperti ini memudahkan setting out dijalankan bagi memberi laluan kepada pokok durian dan petai sediada. Sisi sungai/jeram dinaiktaraf bagi menghalang hakisan berlaku. Laluan air akan ditinggikan.Sebuah wakaf di seberang sungai juga dibina untuk kemudahan.

bahagian dalam (courtyard)menghadap ke kolam renang (natural water).

DESIGN 1

terletak di sungai michu ulu langat. Saiz tanah 1 ekar. Rupabentuk tanah beralun dan terdapat anak sungai membelahinya. Jalan masuk lebih tinggi kira kira 6m dari permukaan terendah. Memerlukan ruang tempat tinggal untuk 2 orang dan 1 rumah tetamu beserta dengan ruang kelengkapan yang lain seperti tempat letak kereta,kolam renang,dapur,ruang makan dan sebagainya.
Zonning rumah ini dipecahkan kepada beberapa bahagian. 1.rumah utama (ruang tamu,makan dapur, TLK dan bilik utiliti. 2.rumah kecil (bilik tidur dan bilik air x 2) 3.rumah tamu (bilik tidur beserta bilik air dan ruang istirehat) Kolan di kongsi bersama ke 3-3 zon ini.
Tempat letak kereta berbumbung di letak disebelah dapur untuk kemudahan pengangkutan barangan keluar masuk untuk rumah dan juga kebun. Ruang ini juga berfungsi debgan baik sebagai ruang tambahan untuk kenduri dan jamuan. Ruang Tamu yang ditampilkan sebagai "gazebo" sangat santai dan terbuka sejajar dengan penggunaan maksimum alam sekitar. Ruang ini juga berfungsi dengan baik sebagai ruang belajar.